Program MMU@Sekolah Perdana Negeri Sembilan Daerah Kuala Pilah 2025 KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) di SMK Tuanku Muhammad Kuala Pilah

28 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

27 Julai 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengikuti Program MMU@Sekolah Perdana Negeri Sembilan Daerah Kuala Pilah 2025 KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) di SMK Tuanku Muhammad Kuala Pilah. Program ini melibatkan anggaran pelajar seramai 125 murid terdiri daripada tingkatan 2 sehingga tingkatan 6, dari sekolah SMK Tunku Muhammad, SMK Tunku Kursiah dan SMK Za’ba.

Seramai 8 orang petugas NADI Negeri Sembilan telah terlibat sebagai fasilitator dalam program ini, menunjukkan komitmen dan kerjasama yang tinggi dalam menjayakan aktiviti. Turut hadir memberi sokongan ialah Pn Norazmah Binti Mohd Yunus, Penolong Eksekutif MCMC Negeri Sembilan dan Encik Amir Hazim Bin Bahri, Pegawai RISE MCMC Negeri Sembilan. Antara petugas NADI yang terlibat ialah Norainasikin Binti Salleh (Pengurus NADI PPR Senawang), Nur Faizah Binti Yusuf (Pengurus NADI Senawang 1), Suraya Binti Kamaruddin (Pengurus NADI Kampung LBJ), Nor Hamizah Binti Nordin (Pengurus NADI Kampung Senaling), Noor Afiqah Binti Mohd Rais (Pengurus NADI Kampung Bayai Lama), Nor Syafiqa Izora Binti Ramlan (Penolong Pengurus NADI Felda Pasoh 3), Nuryatul Binti Mohd Nor (Pengurus NADI Felda Pasoh 2), dan Zakiah Binti Bakri (Pengurus NADI Kuala Jempol).Felda Sungai Lui).

Secara keseluruhan, program ini bukan sahaja memberi pendedahan awal kepada murid tentang penggunaan internet secara selamat, malah mengeratkan lagi kerjasama antara sekolah, komuniti dan agensi kerajaan dalam membentuk generasi celik teknologi dan bertanggungjawab. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali